Loading...

PENYELARASAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROSES DAN PROSEDUR PERMOHONAN CADANGAN PEMAJUAN KE OSC MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH (MPT)

Dikemaskini pada 27-03-2025 12:06 PM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Selaras dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Yang Ke-9/2020 pada 4 Mac 2020 berkenaan pemakaian Manual OSC 3.0 Plus di Pihak Berkuasa Tempatan dan mengambil kira Audit Pematuhan OSC 3.0 Plus MPT pada 20 Februari 2023, MPT akan menyelaras dan menambahbaik proses dan prosedur permohonan cadangan pemajuan bermula 19 Mac 2025.

 

  1. Penyelarasan dan penambahbaikan proses dan prosedur permohonan cadangan pemajuan melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
  1. Pelaksanaan Arahan Bertulis / Tunai Syarat bagi permohonan oleh Jabatan Memperaku, MPT (Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Landskap);
  2. Permohonan cadangan yang melibatkan pindaan / pelanjutan tempoh / permohonan papan iklan luar (billboard) perlu dikemukakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online; dan
  3. Pelaksanaan Proses 4 (Pemantauan Tapak Bina Dan Notifikasi Pemeriksaan Interim), Proses 5 (Notifikasi Pemeriksaan Akhir) dan Proses 6 (Pendepositan Perakuan Siap Dan Pematuhan CCC) sepenuhnya melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online.
  1. Sekian dimaklumkan untuk perhatian dan tindakan daripada pihak YBhg. Datuk / Dato’ / TPr. / Ir. / Ar. / LAr. / Tuan / Puan. Kerjasama dari pihak YBhg. Datuk / Dato’ / TPr. / Ir. / Ar. / LAr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

(Sila rujuk lampiran bagi mendapatkan salinan surat dari MPT. Untuk makluman, salinan surat hardcopy dalam tindakan edaran oleh pihak OSC, MPT.)